Home Berita PAS Kedah

Dewan Muslimat PAS Kedah terima kunjungan rombongan PAS Terengganu

54
SHARE

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 30 Nov – Isnin lalu (29 November) Dewan Muslimat PAS Kedah menerima kunjungan rombongan muslimat dari Dun Paka, Terengganu ke Kompleks PAS Kedah.

Rombongan yang diketuai Ketua Halwa Dun berkenaan, Rafidah Ramli, merasai amat bertuah dapat berjumpa dan bersua muka bersama pemimpin dewan berkenaan.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Dah turut berkongsi pengalaman terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam ucapan aluannya pagi itu.

Sementara itu, rombongan berkenaan disambut oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Ustazah Siti Mekiah Shamsudin, Setiausaha, Zulinda Khamis dan Ketua Penerangan, Sarina Ismail.

Ahli rombongan turut menerima sedikit penerangan berkenaan kejayaan setahun Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor oleh Ketua Penerangan dewan terbabit.

Selain itu, Ustaz Mekiah Shamsudin yang menggantikan YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (ketua Dewan Muslimat PAS Kedah) memberi ucapan aluan mewakili dewan  pada majlis yang diadakan di bilik mesyuarat,  Kompleks PAS Kedah.

YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali ketika ini masih berada di luar negara atas urusan rasmi kerajaan negeri.

Turut menyertai rombongan itu termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Dungun, Khairiah Mokti  dan isteri Adun Paka, Sabariah Elias.

Rombongan muslimat Dun Paka itu juga memilih Langkawi sebagai destinasi seterusnya sebelum bertolak pulang ke Terangganu pada Rabu 31 November.