Home Berita PAS Kelantan

Sultan Kelantan perkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan

206
SHARE

KOTA BHARU, 2 Ogos: KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kehadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Pengisytiharan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, hari ini, menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), di Istana Balai Besar, berkuat kuasa hari ini.

Beliau turut memaklumkan baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, iaitu Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra.