Home Berita PAS Kelantan

Pelaksanaan Perundangan Tanah ke arah digital – Menteri Tenaga dan Sumber Asli

45
SHARE

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Kajian dan cadangan sedang diteliti untuk melaksanakan perundangan tanah dalam kerangka elektronik dengan pengenalan kepada konsep Private Cloud, hakmilik elektronik dan proses perserahan serta pendaftaran secara dalam talian melalui pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Kanun Tanah Negara.

Demikian menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika merasmikan Majlis Perasmian Hari Tanah Negara 2022 di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sesuai dengan tema pada tahun ini “Jajaran Pendigitalan Tanah Merentasi Sempadan” untuk sambutan HTN 2022 adalah menggambarkan usaha kerajaan ke arah transformasi pentadbiran tanah secara digital.

Turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Tanah dan Sumber Asli, Dato’ Rosli Isa dan Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Sektor Kemajuan Pengurusan Perundangan), Tuan Azman Mamat.