Home Berita PAS Kelantan

‘SUKSES’ rakam kejayaan Kelantan era Dato’ Ahmad Yakob

132
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 28 Jun: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menubuhkan jawatankuasa editorial untuk menyelenggara penerbitan naskhah khas berjudul Sukses.
Pengarahnya, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, UPKN berasa amat bertuah untuk mengambil tanggungjawab menerajui projek pendokumentasian informasi yang memperlihatkan kecemerlangan tadbir urus Kerajaan Negeri Kelantan era kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Haji Ahmad Yakob.
“Legasi Menteri Besar terdahulu, Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencetuskan fenomena Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) diperkemaskan lagi oleh saf kepimpinan ulama teknokrat era Dato’ Ahmad dengan agenda Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI) bertonggak 3K – Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan”, katanya.
Tambah beliau lagi, UPKN selaku agensi rasmi penyebar informasi Kerajaan Negeri berdiri teguh selama 30 tahun merakam dan mencatat setiap kemajuan yang dicapai oleh Kelantan dekad demi dekad melangkah ke hadapan.