Home Berita PAS Kedah

Sukarelawan banjir kemalangan kecil dalam perjalanan

94
SHARE

ALOR SETAR, 3 JAN – Malang tidak berbau, salah satu kenderaan dalam misi bantuan banjir Pantai Timur mengalami kemalangan kecil ketika dalam perjalanan.

Jalan yang licin akibat hujan mengakibatkan pemandu hilang kawalan ketika berada di selekoh dan akhirnya kenderaan tersebut terbabas dan menjejaskan beberapa barang bantuan banjir yang dibawa. Walaubagaimanapun, misi tetap diteruskan dan semua yang terlibat dalam kemalangan kecil itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.

Misi bantuan banjir Pantai Timur kali ini adalah inisiatif daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama dengan Khidmat Malaysia, NGO An Nasr Care dan Azhar Care. Sebanyak 600 pek beras berjaya dikumpulkan dan 212 pek makanan serta sedikit sumbangan kewangan. Misi kali ini melibatkan 10 buah kenderaan yang bergerak secara konvoi ke Kelantan.

Sumbangan yang terkumpul adalah hasil daripada kutipan bersama di bawah PAS Negeri Kedah khususnya pada program  Solidariti Mangsa Banjir Pantai Timur yang dilaksanakan pada ambang tahun baru 2023 di hadapan Dataran Masjid Zahir.

Inisiatif misi ini bertujuan untuk meringankan mangsa yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda mereka. Misi ini telah diketuai oleh Ustaz Azizan Hamzah, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.