Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah: DAP Kedah Sokong Aktiviti Judi?

268
SHARE

DAP Kedah Sokong Aktiviti Judi?

1 -Kenyataan Setiausaha DAP negeri Kedah Teh Swee Leong, menyebut langkah wajar dipertimbang semula pengharaman judi Kedah bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial adalah merupakan satu kenyataan songsang. Ini kerana ia bertentangan dengan etika masyarakat dan penekanan semua agama yang melarang judi.

2- Sebagai contoh Kelantan dan Terengganu yang sudah lama mengharamkan judi, tidak timbul isu ketegangan kaum dan merosakan keharmonian kaum.

3- Bahkan aktiviti perjudian lebih merosakkan masyarakat dan isntitusi keluarga apabila mengeheret pelaku untuk melakukan apa sahaja untuk memenangi wang perjudian. Jenayah termasuk memeras ugut dan melakukan hutang sering berlaku demi untuk mendapatkan wang segera.

4- Kenyataan Setiausaha DAP Kedah sangat naif dan bertentangan dengan kehendak masyarakat Kedah yang mahukan sebuah negeri yang selamat, harmoni dan aman.

5- Usaha Kerajaan Kedah menggentikan lesen premis perjudian perlu disokong oleh semua pihak termasuk parti politik dan ngo.

6- Usaha YAB PM untuk mengurangkan judi juga harus disokong walaupun Kedah telah mendahului usaha tersebut dengan terus menutup pusat-pusat perjudian di negeri ini. Jadi, DAP yang merupakan sebahagian dari kerajaan persekutuan mesti mengikut selaras dengan iltizam yang dibawa oleh YAB PM.

7- Atau adakah DAP sebuah parti yang memberikan sokongan kepada aktiviti perjudian didalam negara ini?

YB Ustaz Nurul Amin Bin Hamid,

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah,

Ahli Parlimen Padang Terap.