Home Berita PAS Kedah

Sakit bukan penghalang untuk mencari rezeki

176
SHARE

POKOK SENA, 2 JAN –  Seorang lelaki yang susah untuk bangkit dan berjalan masih gigih mencari rezeki demi kelangsungan hidup tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain.

Rahmat Kurniawan Musril, 36, yang diuji dengan sakit saraf masih mampu untuk membawa van sendiri dan berniaga di pekan nat.

“Saya sentiasa bawak minyak angin bersama sebagai persediaan, jika saya rasa sakit atau kebas sketika bawa van,  boleh saya sapu” katanya.

Tambahnya lagi, kesukarannya untuk bangun dan berjalan menyebabkan beliau terpaksa mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melaksanakan kewajipan solat.

Rahmat juga telah ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk membuat MRI, namun sudah dua tahun masih belum berjaya untuk dapatkan tarikh pemeriksaan.

Oleh hal demikian, Rahmat bersungguh-sungguh mengumpul wang untuk ke Kedah Medical Centre (KMC) bagi melakukan ujian pemeriksaan. Namun doktor mengesahkan bahawa Rahmat tidak mengidap sebarang penyakit.

Perkara ini mendapat prihatin daripada YB Ustaz Salim Mahmood  ADUN Bukit Lada setelah diberitahu keadaan Rahmat oleh HALWA Bukit Lada. Beliau telah menghadiahkan sebuah kerusi roda kepada Rahmat untuk memudahkan Rahmat bergerak.

Dalam masa yang sama, YB Ustaz Salim turut menghubungi doktor sekitar Pokok Sena bagi melakukan pemeriksaan semula kepada Rahmat untuk mengetahui punca penyakit Rahmat.

Malah hal ini juga telah diberitahu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Pokok Sena. InsyaaAllah dalam masa terdekat mereka akan ziarah ke rumah Rahmat bagi membantu apa yang terdaya.