Home Artikel PAS Melaka

Sudut Sastera Puisi : Puisi Buat Artis-artisku

489
SHARE

Wahai artis-artisku…

Jika kau ingin bertudung
Bertudung sajalah
Tak perlu buat sidang akhbar
Tak perlu menangis-nangis
Tak perlu publisiti besar-besaran
Tak perlu memberi penjelasan mengapa kau mahu bertudung…

Jika kau mahu tak bertudung semula
Buka sajalah tudung mu
Sama juga
Tak perlu buat sidang akhbar
Tak perlu menangis-nangis
Tak perlu publisiti besar-besaran
Tak perlu memberi penjelasan mengapa kau terpaksa membuka tudung mu semula
Juga tak perlu meminta maaf pada peminat

Kerana menutup aurat adalah tanggungjawab mu pada tuhan
Dosa mu pada tuhan
Bukan pada orang ramai
Ikhlaskanlah tindakan kita untuk dan kerana Ilahi
Bukan kerana yang lainnya…

Nukilan : IBNU JANIE