Home Berita PAS Sabah

PAS Semporna bersama NGO-NGO bantu mangsa kebakaran

857
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
15 Jun 2020

SEMPORNA: Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Semporna bersama NGO Jabatan Amal, Sabah Relief dan Kelab Belia Tinagayan (KEBAT) telah membantu dengan menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Seri Aman di sini, semalam.

Sumbangan berbentuk barang makanan asas tersebut diserahkan kepada 57 ketua keluarga di tapak penempatan sementara mangsa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Semporna, Tuan Said Abdul Mutallib, Pengerusi Sabah Relief, Ustaz Tarmizi Yahya dan Presiden Kelab Belia Tinagayan, Encik Fadzlan Thomas.

Ketua misi serahan , Razis Asparin berkata sumbangan tersebut adalah hasil dari sumbangan orang ramai.

“PAS Semporna bekerjasama dengan rakan-rakan NGO telah mengumpul sumbangan daripada orang ramai.

” Sumbangan yang dikumpul diserahkan kepada semua mangsa kebakaran di penempatan sementara di PPR Bubul Ria” jelasnya.

Razis turut memaklumkan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan kepada mangsa boleh terus ke penempatan sementara mangsa atau menghubungi PAS Semporna di talian no 0143717181.

Kebakaran berlaku pada 5 Jun jam 1.00 pagi  lalu  itu melibatkan 57 keluarga dan 460 isi rumah.