Home Artikel PAS Kelantan

SUARASA GENTERA FOKUS ISU SOSIAL SEMASA

515
SHARE

oleh Norzana Razaly

Program berteraskan keilmuan terus diagendakan oleh Urusetia Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan (U-BeS) pada 13 Januari 2020 di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah U-BeS, Ustaz Nasarudin Mahmud Muhaidin bertindak selaku moderator program Suarasa Gentera bersama tamu undangan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berdiskusi mengenai isu sosial dalam kalangan remaja dan belia di Kelantan.

Peserta Program Kolej Gentera musim 1 dan 2 turut berinteraksi secara langsung dengan exco mengenai isu sosial semasa.

Menurut YB Ustaz Wan Roslan, Kelantan bukannya pusat bahan-bahan terlarang, tetapi Kelantan tetap berdepan dengan kesan negatifnya kerana berjiran dengan negeri pengeluar pil kuda dan ketum.

“Isu sosial berlaku kerana Kerajaan Negeri Kelantan tiada kuasa mencegah dan menangkap. Cuma ada kuasa merawat dan mendidik”, katanya.

Beliau turut menjelaskan, Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri tidak diserahkan kepada YAB Menteri Besar sebagaimana di negeri-negeri lain. MB Kelantan tiada kuasa mengarah pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya. Tetapi, kekuatan Kelantan ada pada silibus pendidikan sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Pihak Kerajaan Negeri sentiasa memohon kerjasama pihak Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) meningkatkan operasi penguatkuasaan dengan membuat ujian air kencing di sekolah YIK dari masa ke semasa apabila Kelantan dikatakan sebagai negeri yang tinggi tangkapan penagih dadah”, tegasnya.- UPKN KELANTAN 14/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2601014963466188