Home Artikel PAS Sabah

TERIMA KASIH KOPERAL ASMAN, ANDA WIRA KAMI!

1184
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merakamkan ucapan takziah kepada almarhum keluarga Koperal Asman (Pasukan Gerakan Am) PDRM setelah dimaklumkan bahawa almarhum telah ditemui setelah hilang dalam usaha menyelamat mangsa bot karam di Sandakan.

Jasa dan pengorbanan almarhum dalam usaha menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan bot tersebut sehingga menggadai nyawa sendiri sesuatu yang sangat luar biasa dan perlu dikenang sampai bila-bila.

Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, almarhum adalah wira kita semua yang berani dan berhati waja.

Almarhum telah mengangkat martabat PGA sekaligus PDRM dalam tugasan melindungi awam, dan urusan keselamatan.

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat. Aameen.

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
15 Februari 2020