Home Berita PAS Pusat

Suara Ahli Parlimen PAS

1419
SHARE

InsyaAllah, Sidang Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 15 Oktober 2018 sehingga 11 Disember 2018 manakala Sidang Dewan Negara bermula 03 Disember 2018 sehingga 20 Disember 2018.

Sidang kali ini akan memfokuskan kepada agenda perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 11 (KSP RMK- 11) dan Belanjawan 2019.

Pastinya pelbagai isu hangat akan dibangkitkan pada sidang itu nanti. Rakyat sedang menilai prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan dan sejauhmana komitmen kerajaan melaksanakan janji manis lagi indah Manifesto PH.

Pihak Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN PAS amat mengalukan orang awam yang mahu menyalurkan aduan, persoalan dan cadangan yang akan disuarakan oleh sekalian Ahli Parlimen PAS di dalam dewan kelak.

Sila emelkan suara hati nurani anda tersebut kepada: parlimen@pas.org.my

Kami amat menghargainya dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.