Home Berita PAS Perlis

471 graduan PASTI terima diploma

291
SHARE

Oleh MUHAMMAD NAZRI ABDULLAH

KOTA BHARU, 15 Mac: Seramai 471 orang guru PASTI menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) pada Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia kali ke-12 yang bermula semalam.

Majlis yang berlangsung selama dua hari itu diadakan setelah tertangguh selama dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Pada sidang pertama yang berlangsung semalam, seramai 223 graduan telah naik ke pentas menerima diploma yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob.

Turut diadakan, penyampaian anugerah khas kepada tiga orang guru PASTI yang terpilih.

Mereka ialah Noreha Othman yang menerima Anugerah Presiden, Badriah Dziaudin (Anugerah Ketua Pemuda), dan Norfadhilah Sharman yang terpilih menerima Anugerah Ketua Pengarah.

Kesemua mereka merupakan graduan PASTI dari negeri Selangor.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia, Damanhuri Dol dalam ucapannya semalam berkata, ILPM telah berjaya melahirkan para guru yang terlatih selari dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya mengharungi sesi pengajian sehingga berjaya mendapat diploma pada kali ini.