Home Berita PAS Sabah

Sambutan Positif Cooking Class

1218
SHARE

Oleh : AISYAH RAMADHA ISMAIL

PUTATAN : Program Ameerah Kawasan Putatan iaitu Cooking Class berlangsung pada 30 September 2018.

Program ini bertempat di PASTI Al Fathonah Taman Pasir Putih Putatan. Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Putatan, Puan Hawwa selaku perasmi bagi program kali ini.

Seramai 31 peserta wanita yang hadir. Selain itu, Cik Fatimah Fatin sebagai tenaga pengajar membuat variasi Popiah Cheese dan Popiah Risoles mendapat perhatian daripada peserta.

Turut diadakan slot pengisian “Magnet Rezeki dari Rumah” yang disampaikan oleh Puan Nurul’ Ain seorang usahawan muda dari rumah. Antaranya rezeki bukan wang semata tapi Iman dan Islam itu rezeki, jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah semuanya terjaga. “katanya.

Program Ameerah kali ini mendapat sambutan positif dalam kalangan peserta, kata Puan Nur Syahfika Lim ” terutama bagi suri-suri rumah boleh menghasilkan sumber pendapatan dan tidak membuang masa di rumah. Program kali ini menambah minat saya lagi untuk mengisi kekosongan masa lapang.”

Harap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan dan terus menyokong program Ameerah khususnya.