Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis Terap Konsep Santai Dalam Usrah Perdana

1522
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis, telah diadakan Usrah Perdana PASTI Negeri Perlis Siri 4/2018 pada 29 September 2018 anjuran PASTI Negeri Perlis.

Seramai 115 orang peserta, terdiri daripada guru-guru dan staf PASTI serta ALP PASTI Negeri Perlis hadir dalam usrah yang diadakan dalam suasana santai berkonsepkan hari keluarga.

Naqib usrah, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil dalam pengisiannya telah mengingatkan para peserta usrah peri pentingnya hidayah Allah S.W.T. dalam menyuluh hidup manusia agar sentiasa berada di atas jalan kebenaran.

Beliau turut menjelaskan ciri-ciri serta bahaya toghut serta bagaimana menghindari diri daripadanya agar tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan.

Turut disentuh beberapa ciri wanita Ahli Syurga seperti yang digariskan Ibn Taimiyah dalam kitab Majmu’ Fatawa.

Selain sesi pengisian rohani, para peserta usrah juga telah mengikuti aktiviti berbentuk modul dan sukaneka manakala jamuan tengah hari pula mengisi slot terakhir usrah perdana pada hari berkenaan.