Home Berita PAS Kedah

Street dakwah pupuk kesedaran bahaya judi dan arak

66
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

POKOK SENA, 28 Nov – Telah berlangsung program Street Dakwah anjuran Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Street Dakwah tersebut dilaksanakan di Pasaraya Econsave Pokok Sena. Program yang diadakan julung kali tersebut bertujuan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya arak dan judi.

Selain itu, program tersebut bertujuan meninjau pendapat orang ramai berkaitan tiada lagi pengeluaran lesen perjudian dan mengehadkan penjualan arak di negeri Kedah seperti diumumkan oleh YAB Menteri Besar Kedah selepas sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu.

Mereka yang ditemui termasuklah pengunjung bukan Muslim ke pasaraya berkenaan.

Rata rata pengunjung yang ditemui menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan negeri Kedah yang tidak akan mengeluarkan lesen premis baru untuk judi dan menghadkan penjualan arak.

Program Street Dakwah kali ini diketuai oleh Ustaz Ahmad Hamadah bin Mohamad Shauki, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena yang turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Aizat bin Zakaria.

Turut hadir bersama Pengerusi Skuad Prihatin Kedah,  Ustaz Maazallah Mohamad, Pegawai Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Muhammad Saufi Abd Rahman dan Pegawai Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Wan Amirul Asyraf Wan Kamaruzzaman.