Home Berita PAS Wilayah

Jabatan Amal bersih rumah dilanda banjir

79
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU,27 Nov: Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan membantu kerja-kerja pembersihan di Kampung Lembah Jaya, Ampang akibat banjir yang berlaku 22 November lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan, Haniff Syakir, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh mangsa banjir selepas air mulai surut seperti membersihkan kesan air banjir di rumah, mengemaskan barangan yang telah dialihkan dan membuang mana-mana barangan yang tidak dapat diselamatkan, membersihkan lumpur, pasir dan sebagainya.

Terdahulu operasi bantuan awal pasca banjir, seramai 30 anggota Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Ustaz Hanapi Zulkapli, Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Azwan dan Jabatan Amal Negeri Selangor.