Home Berita PAS Kedah

Bantuan kepada penduduk yang dikuarantin diteruskan

41
SHARE

Oleh ANA NAJWA

TANJUNG DAWAI, 28 Nov – Bantuan keperluan asas kepada penduduk warga DUN Tanjung Dawai yang sedang dikuarantin akibat Covid-19 tetap diteruskan menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali.

Sumbangan bantuan ini melibatkan lima lokasi di Tanjung Dawai iaitu, Kg Tupah Lama, Bukit Inas, Taman Lembah Bujang Fasa 3 dan Taman Lembah Bujang Fasa 5.

“Kita dapati jumlah individu yang dijangkiti Covid-19 kembali meningkat,

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) bagi mengawal dan menghindari wabak ini daripada kembali mengganas,”Ujar ADUN Tanjung Dawai.

Terdahulu, YB ADUN Tanjung Dawai dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai turut menyantuni masyarakat sekitar dengan menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera kepada para jemaah Masjid Fatimah, Sg Pial usai Solat Isyak di masjid berkenaan.