Home Berita PAS Kelantan

Stesen Mek Awey kedua, dibuka

395
SHARE

MACHANG, 15 Dis: Stesen Mek Away semakin memperkukuhkan jenamanya apabila pusat perniagaan sehenti khas untuk usahawan muda itu mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh kurang tiga bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan (U-BeS) yang mengendalikan bazar belia niaga itu dengan baik sehingga dapat membuka dua stesen dalam masa yang relatif singkat.

“Tahniah kepada U-BeS dan semua usahawan serta pelanggan yang menyokong perniagaan di stesen Mek Awey perintis dengan tujuh kioks beroperasi pada 29 September lalu di Bandar Baharu Tunjong. Dengan sokongan semualah, pada hari ini (14 Disember), stesen kedua berjaya dibuka di Pulai Chondong.

Selepas ini, Kioks Mek Away pula akan diperkenalkan setelah dua buah stesen jenama yang kian tersohor ini beroperasi lancar. Di samping itu, perancangan stesen ketiga yang dijangka dibuka di Pasir Pekan sedang dalam persiapan terakhir”, katanya ketika merasmikan majlis, semalam.

Turut hadir Timbalan Exco, YB Zuraidin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, YB Azhar Salleh dan Pengarah U-BeS, Nasruddin Mahmud Muhaidin.