Home Berita PAS Kedah

Staf pejabat parti adalah “Frontliner”

202
SHARE

ALOR SETAR – Jika diumpamakan sebuah kereta, staf dan petugas pejabat parti merupakan enjin yang akan mengerakkan segala gerak kerja dan dasar yang telah diputuskan oleh pimpinan di pejabat tersebut. Mereka juga merupakan ” Frontliner” yang akan setia bertugas menjaga parti tidak kira samada terdapat sebahagian lagi ahli parti berada di tampuk pentadbiran negeri atau negara setelah dikurniakan kemenangan dalam pilihanraya.

Begitulah pentingnya mereka yang diamanahkan  untuk bertugas d pejabat parti sebagai amilin walaupun elaun yang di terima tidak seberapa berbanding bekerja di tempat lain.

Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya dalam meraikan staf pejabat Badan Perhubungan PAS Kedah sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang berkata, penghargaan yang amat tinggi diberikan oleh pimpinan PAS Kedah kepada semua yang terlibat dalam melicinkan pentadbiran parti, menjaga dan memelihara aset seperti peralatan, infra dan kebersihan persekitaran termasuk melaksanakan program  pengimarahan di pejabat itu.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mantan staf yang pernah bertugas bermula di pejabat PAS Jalan Kota sehinggalah berpindah ke Kompleks PAS Kedah yang kita lihat hari ini.” Katanya.

“Penghargaan khusus saya berikan kepada Ustaz Musoddak Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan yang menjadi tunggak dan mengetuai pentadbiran, pembangunan dan perancangan aktiviti di pejabat ini.” tambahnya lagi.

“ Namun kecekapan pentadbiran beliau tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan dan sokongan kakitangan yang berada di hadapan saya sekarang.”

Seramai 50 orang staf tetap, sokongan dan bekas staf pejabat perhubungan, Dewan-dewan negeri serta DAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim)diraikan dengan pemberian duit raya serta hamper barangan dapur di Kompleks PAS Kedah, di sini.

Turut diraikan Izwan Abdul Halim dan Sarina Ismail, kedua-duanya adalah wartawan Harakah yang sentiasa komited membuat liputan aktiviti PAS Kedah.

Program tahunan PAS Kedah ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Ketua Dewan Ulamak, Sheikh Mohamad Rodi Abdul Rahman, Setiausaha, Ustaz Musoddak Haji Ahmad serta beberapa ahli Badan Perhubungan PAS Negeri.