Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang kecam serangan di Masjid Al-Aqsa

85
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang mengecam tindakan keganasan oleh Israel Defence Forces (IDF) ke atas umat Islam yang sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa pada 25 Ramadhan baru ini adalah satu tindakan yang bacul dan zalim.

Sememangnya tindakan ini tidak bertamadun dan berperikemanusiaan serta menambah luka parah umat Islam ketika mereka di sana sedang beribadah di penghujung Ramadhan yang mulia.

Kami menyokong ketegasan Presiden PAS yang juga merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam pendirian dan kecaman ke atas keganasan yang telah dilakukan ke atas umat Islam di Palestin.

Keganasan ini adalah satu jenayah antarabangsa dan melihat isu keganasan dan penindasan ini yang turut juga berlaku ke atas umat Islam Uighur di China dan di Myanmar sehingga kini tanpa pembelaan sewajarnya.

Umat Islam di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang mesti sedar dan bersatu atas nama Islam agar kita mempunyai kekuatan dalam mendepani secara bersama isu perlecehan agama dan ummah ketika ini.

Kami juga menyeru semua umat Islam sama ada secara individu atau berkumpulan untuk terus berdoa dan berusaha agar umat Islam di Palestin diberi kesabaran, kekuatan dan pembelaan daripada Allah S.W.T.

Di saat ini kami mengajak seluruh umat Islam supaya terus bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds. Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusof
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang