Home Berita PAS Melaka

SRITI AL Fattah Anjur Kejohonan Merentas Desa

628
SHARE

Oleh : KAMIL SAUFEE

TANGGA BATU : SRITI Al Fattah Tangga Batu telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang berlangsung di Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang, Melaka di sini Rabu lepas.

Kejohanan ini bermula pada jam 3.15 petang dengan dimulakan dengan sesi taklimat dari guru dan pemanas badan dan seterusnya acara larian bermula pada jam 3.30 petang dimana jarak larian adalah sejauh 1.2 kilometer.

Selesai acara larian dan rehat, murid-murid dihimpunkan bagi acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin telah dijemput bagi menyempurnakan acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah.

Dalam ucapannya, Bakri telah memaklumkan khabar gembira kepada semua hadirin yang hadir dimana pihak PAS Kawasan Tangga Batu sedang dalam proses membeli sebidang tanah bagi membina bangunan baru untuk SRITI Al Fattah.

Turut menjayakan kejohanan ini termasuk barisan pengurusan dan guru-guru juga ibu bapa yang turut memberikan sumbangan sementara Unit Amal Kawasan Tangga Batu pula membantu menjaga keselamatan. Program yang disertai oleh semua murid SRITI Al Fattah ini berakhir pada jam 5.15 petang.