Home Artikel PAS Perak

DUN Kubu Gajah kumpul dana bantu masyarakat

1002
SHARE

LARUT:Seorang warga emas ketika ditemui dalam program kebajikan Sekretariat Prihatin DUN Kubu Gajah baru-baru ini meruntun hati apabila dikhabarkan hanya ikan rebus menjadi santapan wajib hampir setiap hari.

Berikut luah Halimah Sekechik, 85, ketika ditemui ADUN Kubu Gajah, YB Ustaz Khalil Yahaya di kediaman beliau. Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kesempitan hidup dialami olehnya kerana masih lagi menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Rombongan yang hadir tersentuh melihat situasi warga emas itu kerana ketika dipenghujung usianya, beliau masih lagi berada pada tarif miskin disaat masyarakat yang lain dihidangkan dengan pelbagai juadah dan beraneka lauk pauk.

Ziarah kebajikan yang turut dihadiri oleh wakil Muslimat PAS Larut, Laila Fairus itu bermula sekitar jam 11.15 pagi dan berjaya menziarahi beberapa buah kampung antaranya Batu 20, Gudang, Pantai Besar dan Ijok. Hampir 20 buah keluarga telah disantuni melalui program ini.

Terdahulu, ziarah kebajikan bersama YB Khalil Yahaya juga telah menyantuni penduduk di Felda, Ijok. Program yang disusun oleh PAS cawangan Felda itu telah membuka ruang segelintir warga felda mengadu masalah penempatan untuk generasi baru Felda.

Naim Mud, ketika ditemui berkata beliau salah seorang anak peneroka yang tidak mempunyi rumah dan sekarang masih menumpang bersama keluarga. Hal berikut diluah olehnya dan berharap agar permasalahan melibatkan penduduk Felda ini dapat diselesaikan segera.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada para penyumbang yang tidak jemu menghulurkan bantuan untuk DUN Kubu Gajah ini. Dengan sokongan dari semua terutamanya jentera Sekretriat Prihatin DUN Kubu Gajah, sumbangan yang kita terima dapat disumbangkan kepada rakyat,” jelas beliau.

Oleh hal sedemikian, sumbangan dari para dermawan sangat diharapkan bagi menyokong usaha Sekretariat Prihatin DUN Kubu Gajah melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 158051911775 atas nama Dana Prihatin Kubu Gajah.