Home Artikel PAS Perak

1000 Langkah Assabiqun PAS Tambun berlangsung meriah

358
SHARE

TAMBUN: Kelab Assabiqun PAS kawasan Tambun diketuai Tuan Haji Ali Yang telah mengadakan program 1000 Langkah Assabiqun yang bertempat di Bulatan Meru, Taman Meru, di sini baru-baru ini.

Program julung kali bagi tahun 2020 ini merupakan anjuran bersama Kelab Veteran Umno Tambun dengan kehadiran meriah melebihi 50 orang terdiri dikalangan ahli Assabiqun PAS dan Ahli Veteran Umno yang hadir bersama keluarga masing-masing.

Program yang akan diadakan secara berkala setiap bulan pada hari Ahad minggu pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Tambun, Ustaz Md Salleh Said yang telah dijemput pada hari tersebut

Selain itu, program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan taklimat tips kesihatan dan pemilihan pemakanan yang bersesuaian di usia emas. Taklimat tersebut disampaikan oleh doktor perubatan yang dijemput khas daripada Hospital Permaisuri Bainun Ipoh.

Program yang dianjurkan ini bertujuan memelihara ukhwah sesama ahli Assabiqun PAS dan Veteran Umno Tambun selain usaha dan inisiatif bersama kedua-dua parti itu bagi melaksanakan program kesihatan.

Seluruh peserta yang hadir telah memeriahkan lagi program 1000 Langkah Assabiqun tersebut dengan jamuan potluck yang telah dibawa oleh setiap keluarga yang hadir. Program yang bermula seawal jam lapan pagi itu telah berlangsung meriah dengan sesi fotografi sebagai penutup sebelum masing-masing bersurai pada jam 11 pagi.