Home Berita PAS Johor

Sri Gading Anjur Ceramah Umum PRU 14

965
SHARE

SRI GADING – Ceramah Umum PRU 14 telah berjaya dianjurkan di sini pada 8 November lalu. Ia turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Ucaptama ceramah umum ini telah disampaikan oleh tetamu khas iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man. Antara lain yang turut hadir ke ceramah umum ini ialah YB Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor serta Yang Dipertua PAS Kawasan Sri Gading.

Menariknya pada ceramah ini, rata-rata yang hadir adalah generasi muda yang bersemangat menyokong perjuangan PAS.Tambahan lagi, siaran langsung ceramah umum ini yang telah disiarkan di page Facebook Lensa Haraki JDT turut disaksikan oleh lebih 13,000 pengguna Facebook ketika ceramah sedang berlangsung.

Oleh itu, jelaslah, anak muda adalah penyokong dan mata rantai perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran ceramah umum PRU 14 ini secara langsung atau tidak.