Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Banjir Pulau Pinang : Tiada Aliran Air Keluar

1235
SHARE

Tiada Aliran Air Keluar

Pulau Pinang, 11 November 2017 : Rasulullah SAW mengungkapkan saranan menerusi hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti.” (Riwayat al-Baihaqi).

Pasukan ke-3 Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama rombongan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) masih lagi berkampung di Pulau Pinang hari ini. Semalam, 10 November 2017 mereka meneruskan lagi Misi Banjir dan Misi ‘Clean & Clear’ di beberapa buah rumah.

Bermula seawal 9 pagi semalam, mereka memulakan misi ziarah dan juga perkhidmatan mencuci rumah penduduk kampung. Selain itu, mereka juga mengedarkan barangan sumbangan kepada 15 buah rumah di Kampung Bukit Minyak dan 30 buah rumah di Kampung Pisang.

Rata-rata, kerugian yang dialami oleh penduduk kampung ialah kemusnahan pada perabot-perabot kayu dan sedikit pakaian. Menurut penduduk kampung juga, kampung mereka tersepit antara kawasan perumahan dan tiadanya aliran air yang keluar menyebabkan kawasan mereka mengalami banjir yang agak teruk.

Turut serta dalam ziarah semalam bersama rombongan Skuad Prihatin LKK DMPM dan DMPNS ialah Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Puan Nor Riha, Pengerusi LKK DMPNS beserta rombongan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam.

LKK DMPM masih lagi membuka ruang kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk menghulurkan subangan banjir. Mungkin bukan sahaja untuk Negeri Pulau Pinang, malah juga untuk negeri-negeri yang sedang dilanda banjir yang mungkin memerlukan bantuan kecemasan.

Sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan ke Akaun:

Dewan Muslimat PAS Pusat :

MAYBANK: 5640 2540 0711

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

? Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan