Home Berita PAS Perlis

Konvokesyen PASTI Kangar Ikut Adat Istiadat Konvokesyen Universiti

1347
SHARE

Oleh: Muhammad Nazri Abdullah

KANGAR : Murid-murid PASTI Kawasan Kangar yang berjaya menamatkan pengajian di PASTI telah diberi pengijazahan di Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kangar pada 11 November 2017 baru-baru ini.

Bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Kangar, majlis dijalankan mengikut adat istiadat konvokesyen universiti dalam suasana penuh meriah.

Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis selaku perasmi Majlis Konvokesyen Sidang Pertama serta Tuan Wan Hassan bin Ismail, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar yang merasmikan sidang kedua majlis.

Turut dijemput para Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) dalam kawasan Kangar bagi menyampaikan anugerah cemerang dan sijil tamat belajar kepada murid-murid PASTI.

PASTI Kawasan Kangar mendoakan semoga murid-murid PASTI yang telah tamat pengajian di PASTI ini akan menjadi pelajar yang pintar soleh dan cemerlang di mana sahaja mereka meneruskan pembelajaran kelak.