Home Berita PAS Kelantan

SPM 2021: KPM buka bilik gerakan urus pusat peperiksaan terjejas banjir

203
SHARE

PUTRAJAYA, 28 Feb: Bagi memastikan kelancaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bakal berlangsung pada 2 hingga 29 Mac nanti, Kementerian Pendidikan (KPM) membuka bilik gerakan di pusat peperiksaan SPM yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu. Lembaga Peperiksaan sedang mengambil tindakan bagi menguruskan pusat tersebut.

Demikian kenyataan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di laman sosial beliau, semalam.
Beliau menyatakan situasi banjir di Kelantan dan Terengganu yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri itu sudah dalam maklumannya.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” catatnya.
Kebanyakan sekolah di Kelantan ditenggelami bah terutamanya di Rantau Panjang sejak dua hari lalu.