Home Uncategorized

SPM 2019: Semoga Berjaya dengan Cemerlang!

773
SHARE

SPM 2019: Semoga Berjaya dengan Cemerlang!

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.

Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi dan mampu menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara kelak.

Sungguhpun kejayaan akademik yang berorientasikan peperiksaan bukanlah ukuran sebenar kejayaan seseorang, namun ianya salah satu batu loncatan simbol kehebatan seorang modal insan.

Semoga kejayaan akademik anak-anak semua disusuli dengan kehebatan sahsiah seorang pelajar. Gabungan ini mampu melahirkan pewaris kepimpinan negara yang gemilang suatu hari nanti.

Berusahalah sehabis daya. Gembirakanlah hati ibu dan ayah yang sudah banyak berjasa. Kami turut berbangga dengan kejayaan-kejayaan anak bangsa semua.

من جد وجد ومن زرع حصد!

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
15 Safar 1441
14 Oktober 2019