Home Artikel PAS Melaka

Munaqasyah PAS negeri Melaka, kehadiran ahli sangat baik

358
SHARE

Munaqasyah PAS negeri Melaka, kehadiran ahli sangat baik

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

AYER KEROH : Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, telah mengadakan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri yang berlangsung D’Village Resort, Ayer Keroh, disini semalam.

Ini merupakan program yang menjadi saranan penting PAS pusat bagi setiap negeri mengadakan program khusus untuk memberikan maklumat yang jelas, khususnya kepada ahli-ahli PAS, bagi mengukuhkan kefahaman terhadap perjuangan parti dan bersama kepimpinan negeri.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik, kehadiran peserta mencecah lebih 450 orang yang terdiri daripada kepimpinan negeri, kawasan dan ketua-ketua cawangan.

Dua pembentang utama kertas kerja yang dijemput dalam kalangan AJK PAS pusat, iaitu Dr Mohd Zuhdi Marzuki membentangkan tajuk konsep Islam Memimpin Perpaduan dan IR Muhtar Suhaili dengan tajuknya, taklifan kepada pimpinan, ahli PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan.

Hadir sama dalam program tersebut, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan barisan AJK kepimpinan negeri yang lain.