Home Berita PAS Johor

Solat Jumaat dan Aidiladha : Johor benar 50 jemaah yang telah lengkap vaksin

169
SHARE

JOHOR BAHRU, 7 Jul : Hanya 50 jemaah dibenarkan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di masjid, manakala bagi surau Jumaat pula hanya 20 jemaah sahaja dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) fasa ini di seluruh Negeri Johor, bermula Jumaat dengan syarat telah lengkap divaksin.

Manakala bagi pelaksanaan solat fardu lima waktu, kebenaran diberi kepada seluruh masjid dan surau hanya seramai 20 jemaah sahaja pada satu masa.

Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Samsudin di sini, petang ini.

Arahan itu tersebut terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

“Jumlah jemaah kedua-dua kebenaran tersebut adalah termasuk pegawai, ahli jawatankuasa masjid atau surau, dan ahli kariah yang digilirkan, dengan syarat telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, mana-mana jemaah yang tidak mendapat giliran hadir solat Jumaat di masjid atau surau, hendaklah menunaikan solat Zohor di rumah serta tidak dibenarkan pada waktu Solat Jumaat berada di tempat awam seperti di pusat beli belah atau di tempat rekreasi bagi mengelakkan fitnah.

Sementara itu, bagi sebarang aktiviti pengimarahan masjid dan surau setakat ini kekal dengan perintah arahan terdahulu dengan tiada kebenaran yang dikeluarkan dalam kenyataan tersebut.