Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

9
SHARE

May be an image of 2 people, child and people standing

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KRCAMALSELANGOR teruskan lagi aktiviti kebajikan harian mereka dalam misi membantu penduduk setempat yang terjejas dan memerlukan bantuan.

1. Aktiviti di Bilik Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR bermula dengan proses penyediaan 30 pek kecemasan lockdown fasa ke-4, sambungan daripada proses yang sama minggu lepas.

2. KRCAMALSELANGOR menyatakan bahawa mereka telah menerima 5 permohonan daripada para Asnaf yang memerlukan dan putus bekalan barang keperluan asas.

3. Unit Penghantaran Bantuan KRCAMALSELANGOR bergerak bergegas ke Balakong setelah kenderaan waqaf selesai di ganti tayar untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan sedikit wang tunai kepada sebuah keluarga Cina dengan 2 orang anak yang telah terputus sumber pendapatan dan si suami yang kini ditahan di wad Tg Rambutan.

May be an image of text that says "KOMPLEKS LEKS RAW RAWATANIBU&E IBU TENGKU AMPUAN Û.) RAHIMA LOBI SATRLA"4. Misi diteruskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk membawa balik seorang Asnaf yang tiada duit belanja dan untuk membayar kos rawatan beberapa hari di wad.

5. Sementara itu Relawan Amal meneruskan gerak kerja kebajikan bagi memastikan tiada penduduk yang terpinggir atau tertinggal daripada menerima bantuan yang diperlukan.

KRCAMALSELANGOR mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia mendoakan kelangsungan gerak kerja mereka terutama semasa musim yang mencabar ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor