Home Berita PAS Selangor

Meneruskan khidmat bakti dihujan renyai – PAS Kawasan Gombak

7
SHARE

Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO Ma’ruf Care Meneruskan Khidmat Bakti Dihujan Renyai – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Pelaksanaan PKPD sangat memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Ramai yang memerlukan bantuan. Ada diantara mereka yang sangat memerlukan batuan kerana banyak sebab antaranya dibuang kerja, kehilangan punca pendapatan, kehabisan bekalan makanan dirumah dan kematian tunggak pendapatan keluarga.

Diatas dasar keperihatinan dan sumbangan para dermawan budiman. Tenaga para sukarelawan Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO Ma’ruf Care telah dikerah untuk turun bersama-sama menyantuni dan menyerahkan sumbangan keperluan asas harian seadanya kepada mereka yang memerlukan.

Semoga mereka yang kebanyakan terdiri daripada golongan belia akan merasakan lebih dipeduli dan diberi perhatian. Jutaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para dermawan dan juga para sukarelawan Hj Ramli, sdr Azizul, Bro Kasim, Mak Jah dan Kak Mas serta PN Inun dan Pn Saro mewakili LPNGombak

Teruskan menyumbang ke BIMB 1222 5010 0134 88

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor