Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
SOKONG TINDAKAN TEGAS KERAJAAN TANGANI ISU LGBT
Saya menyokong langkah tegas Kerajaan dalam menanggapi isu mempromosi budaya hidup songsang LGBT di negara ini yang semakin berleluasa.
Kes-kes pengantunan seksual (sexual grooming) yang berlaku secara terbuka dalam media sosial sememangnya sesuatu yang menimbulkan kegusaran dalam masyarakat pada hari ini.
Malah, penyalahgunaan ruangan media sosial untuk mempromosi budaya LGBT secara umumnya wajar mendapat perhatian pihak berwajib. Aspek perundangan dan SOP penguatkuasaan perlu diteliti dengan mendalam bagi mengurangkan halangan (pave the way) tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.
Saya mengharapkan agar beberapa pelan tindakan daripada Task Force Menangani Isu LGBT ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Selain cadangan pelan tindakan tersebut, pihak berwajib juga wajar melakukan pemantauan yang rapi terhadap proses perlaksanaannya bagi memastikan setiap cadangan pelan tindakan dibumikan dengan agenda bertindak yang efektif.
Kita mengharapkan agar aktiviti songsang di negara ini dapat dikekang dengan lebih efektif dan Malaysia kekal negara yang bebas fahaman songsang LGBT insyAllah.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
YB Senator Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
Ahli Dewan Negara
25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442