Home Berita PAS Kedah

Skim pinjaman mikro kredit Sejahtera Covid-19 negeri Kedah 2.0

3703
SHARE

ALOR SETAR – Bermula 22 sehingga 30 Jun 2021 ini,  kerajaan negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah(UPUK) menawarkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19  Negeri Kedah siri kedua bagi tahun 2021.

Skim ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi mengekang penularan wabak covid 19 dan ditawarkan untuk membantu peniaga atau syarikat swasta yang mengalami kerugian.

Antara kelayakan untuk memohon skim ini ialah para usahawan mestilah berumur di antara 18 ke 60 tahun, syarikat beroperasi di negeri Kedah dan pemilik syarikat merupakan anak kelahiran negeri Kedah.

Permohonan pinjaman ini terbuka kepada semua kaum dimana pihak UPUK akan menilai keupayaan syarikat yang membuat permohonan samada mampu untuk membayar pinjaman balik selapas pinjaman diluluskan.

Selain itu, setiap syarikat hanya dibenarkan untuk memohon satu permohonan sahaja dan perlu dihantar bersama dengan sijil  daftar perniagaan SSM milikan sendiri yang sah.

Bagi yang berminat, bolehlah memohon secara atas talian dengan melayari ke laman sesawang  https://isejahtera.kedah.gov.my