Home Berita PAS Kelantan

SITUASI SEMASA COVID-19 DI NEGERI KELANTAN – 22 APRIL 2021

380
SHARE

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/RT hari ini adalah yang TERTINGGI iaitu 1.44 melebihi kadar RT Nasional iaitu 1.15 sahaja!

Kes harian bagi negeri Kelantan adalah yang TERTINGGI pernah dicatatkan iaitu sebanyak 662 kes dan merupakan kes harian TERTINGGI di Malaysia pada hari ini, menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 10,199 kes.

‘Pending case’ melebihi 3,000 kes dan kes aktif adalah sebanyak 3,493 kes. Satu (1) kluster baharu dilaporkan pada hari ini menjadi sebanyak 31 kluster aktif di negeri Kelantan.

Fasiliti hospital penuh, Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) penuh, Kakitangan Kesihatan tidak mencukupi.

APA SOLUSI KITA?

drizani.com

#KELANTANKUBERSIH
#KITAJAGAKITA