Home Kenyataan Media PAS Sabah

PAS Kawasan Batu Sapi dekati mangsa kebakaran Kampung Sundang Laut

140
SHARE

Oleh : Asiah Muhammad
21 April 2021

BATU SAPI. PAS Kawasan Batu Sapi dekati mangsa kebakaran Kg Sundang Laut di PPR Kg Lupak Meluas lewat petang semalam.

Kebakaran yang berlaku awal pagi semalam melibatkan lebih 30 buah keluarga telah ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna PPR Lupak Meluas, Batu Sapi.

Turun mengetuai ziarah ini Naib yang Di-Pertua PAS Kawasan Batu Sapi merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu sempat menzahirkan rasa sebak dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat semalam.

Beliau dalam perjumpaan bersama mangsa terlibat sempat memberikan semangat agar terus tabah dan sabar dalam melalui ujian ini lebih-lebih lagi pada bulan ramadan yang mulia.

PAS Batu Sapi turut menyerahkan bantuan air mineral dan juadah berbuka puasa kepada mangsa kebakaran sebagai tanda turut merasai kedukaan yang mereka alami.

YDP PAS Kawasan Batu Sapi, Ahmad Naufal berkata, ” Bantuan makanan dan barangan asas akan diberikan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mangsa.

Orang ramai yang ini menyalurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Bank Islam Pas Kawasan Batu Sapi, 1004 3010 0202 12. “