Home Berita PAS Kedah

Singgah Sahur : Pemuda PAS Langkawi santuni Frontliner

144
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI – Pemuda PAS Kawasan Langkawi menganjurkan program singgah sahur yang  melibatkan kepimpinan PAS Kawasan Langkawi dengan kerjasama Ameerah Langkawi.

16 lokasi dikunjungi rombongan ini, antaranya Hospital Sultanah Maliha, Balai Polis Ayer Hangat, Balai Polis Kuah, Balai Polis Padang Matsirat, Balai Polis Teriang, Pusat Latihan Polis Langkawi, Balai Polis Trafik dan Penguatkuasaan , Pejabat Agama Daerah Langkawi, Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia, Pejabat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Balai Bomba dan Penyelamat Kuah,  Pangkalan TLDM Langkawi, Akademi Koreksional Malaysia, Jabatan Pangangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Akademi Kastam Diraja Malaysia.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Langkawi, Akashah Azinan, berkata program kali ini ditaja sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi dan ini merupakan program tahunan bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad, berkata program singgah sahur membekalkan 80 bungkus bekal makanan kepada para frontliner di Hospital Sultanah Maliha, sebagai tanda ingatan dari pihak kami buat mereka yang sanggup bersengkang mata demi kepentingan masyarakat.

Ketua Ameerah Langkawi, Zakiah Kamaruddin, berkata, bekalan makanan ini diberikan kepada para frontliner sebagai menghargai jasa mereka dalam berbakti kepada masyarakat dan sanggup menjalankan tugas pada larut malam.

Akashah Azinan mengetuai rombongan Singgah Sahur bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi,  Zubir Ahmad, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Kawasan Langkawi, AJK Pemuda PAS Kawasan Langkawi dan AJK Ameerah Langkawi yang turut hadir bagi memeriahkan lagi rombongan pada kali ini.