Home Berita PAS Kedah

Kawal harga barang sempena Aidilfitri

95
SHARE

ALOR SETAR – Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, YB Romani Wan SALIN memantau perlaksanaan skim kawalan harga barang di TF Value Mart, Jalan Langgar, di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak lengkap menyambut lebaran tanpa rendang ayam, rendang daging, masakan lodeh, kuah kacang, laksa dan pelbagai masakan tradisional melayu.

Bertepatan itu, kawalan harga ini sangat tepat bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban untuk menyambut hari lebaran nanti.

Inisiatif tuntas yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan usaha yang sangat baik.

“Sebanyak 22 jenis barangan akan dikawal, ia termasuk daging lembu tempatan (kecuali bahagian batang pinang), daging lembu import, daging kerbau import, ikan termenung, ikan selayang, ikan aya/tongkol ,tomato, cili merah, kubis bulat Import, kacang panjang, terung panjang, timun, halia tua import, bawang merah besar import, bawang besar holland, bawang putih, ubi kentang import, cili kering, kacang tanah, kelapa biji (Borong sahaja) dan kelapa parut (runcit sahaja), ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, gred B dan gred C.

“Skim kawalan  harga ini telah bermula sejak 26 April 2022 dan akan berakhir pada 6 mei 2022” ulas beliau ketika di temui setelah merasmikan skim kawalan harga tersebut.

Tambahnya lagi, beliau memberi nasihat agar pengguna membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual barang kawalan melebihi had yang ditetapkan.

“Laporan boleh dibuat kepada pihak KPDNHEP melalui melalui saluran talian aplikasi WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000 dan talian bebas tol 1-800-886-800.

“Laporan turut boleh dibuat melalui Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my, dan Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Kedah, Zalina Aziz.ALOR SETAR – Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK) telah memperuntukkan sebanyak RM15 ribu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).