Home Berita PAS Kedah

Semarak Kasih Ramadan | PAS Kawasan Langkawi edar “pulut legenda “kepada asnaf

78
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI – PAS Kawasan Langkawi telah memberi sumbangan “pulut legenda” kepada asnaf di Kampung Keda.

Ahli Majlis Perbandaran Langkawi, Zubir Ahmad  turut serta menyantuni masyarakat Keda dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf ini. Sebanyak 65 buah keluarga telah menerima sumbangan.

Turut diadakan bersempena dengan edaran berkenaan, Majlis Berbuka Puasa PAS Kawasan Langkawi bersama penduduk Keda di Wang Tok Rendong.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Langkawi, Ustazah Fatimah Ibrahim, Naib Pemuda PAS Kawasan Langkawi, Syukor Zaini, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kawasan Langkawi, Nasiruddin Natzeri, dan Pengarah Pilihan raya, Mazlan Ahmad.