Home Berita PAS Kedah

Sik kawasan pertama lancar Jentera Pilihan Raya PRU-15

128
SHARE

SIK – PAS Kawasan Sik melancarkan Jentera Pilihan Raya pada Rabu lalu di Kompleks PAS Kawasan Sik, Kampung Sungai Pau.

Pelancaran oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap YDP PAS Kawasan Sik.

“Sik adalah kawasan pertama di Malaysia melancarkan Jentera Pilihan Raya malam ini, Insya-Allah semua kawasan akan melancarkan jentera pilihan raya PAS masing-masing pada bulan ini dan bulan depan.” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Turut berucap Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Ustaz Muhamad Hilmi bin Abd Wahab dan Pengarah Pilihan Raya Parlimen (JPrP) Sik, Haji Ahmad bin Sulaiman merangkap Naib YDP PAS Kawasan Sik.