Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Alor Setar rai guru PASTI

81
SHARE

ALOR SETAR – Seramai 30 orang guru PASTI diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar di Homestay Laman Bayu, Jumaat lalu.

Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Aminur Syafiq Pengarah Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) dengan ucapan aluan dan penghargaan kepada guru-guru PASTI.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Kawasan Alor Setar telah menyampaikan hadiah cenderamata kepada semua guru PASTI atas tanda penghargaan berkhidmat sebagai guru PASTI.

Turut hadir dalam majlis Ustaz Shahrizan Hazime Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, ahli jawatankuasa Dewan Pemuda dan Jabatan PASTI kawasan.