Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Sifar Korupsi : PAS Ucap Tahniah Kepada APMM

1,903 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 141/12
7 Julai 2017 : 13 Syawal 1438

SIFAR KORUPSI : PAS UCAP TAHNIAH KEPADA APMM


1. PAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di atas usaha yang sepenuhnya bagi membanteras korupsi dan rasuah dalam agensi terbabit.

2. Hal ini telah dijelaskan oleh Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam akhbar New Straits Times pada 6 Julai bertajuk “MMEA Cleanest Government Agency, Zero Tolerance Towards Corruption: MACC”.

3. Saya memandang usaha yang dilakukan oleh APMM wajar dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Ketika pelbagai isu-isu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan oleh SPRM melibatkan pelbagai agensi kerajaan, APMM masih berupaya mengekalkan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugasan mereka kepada negara.

4. Saya mengharapkan agar usaha ini diteruskan. Memerangi rasuah dan korupsi memerlukan kepada sikap transparensi yang tinggi dan terbuka. Islam memandang tinggi mereka yang menjalankan tugas dengan penuh amanah. Gejala rasuah dan korupsi perlu dibanteras bagi menjamin kelestarian pembangunan pada masa akan datang.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Nasrudin Hasan
Ketua Penerangan PAS Pusat

{jathumbnail off}