Home Naib Presiden 1

Dasar Bahasa Yang Haru Biru

2,265 views
SHARE

Rakyat terkejut apabila Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata JPA telah memberi persetujuan untuk kelonggaran lulus bahasa Melayu sebagai syarat perlantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila mendapat bantahan maka ditarik balik oleh kabinet. Mungkin Kementerian Kesihatan hendak acah-acah untuk lihat sensitiviti rakyat Malaysia.

Negara sudah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, sepatutnya cadangan ini tidak timbul. Jikalau negara baru lima tahun mencapai kemerdekaan, patutlah cadangan ini dikemukakan.

Sepatutnya kerajaan yang dipimpin oleh UMNO perlu ada ketegasan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Fungsi Dewan Bahasa Dan Pustaka yang berperanan untuk menterjemahkan bahasa asing kepada bahasa Melayu, sudah hancur. Apabila diperkenalkan Metematik dan Sains pada tahun 2003 ( zaman Tun Dr Mahathir) wang negara lingkup sebanyak RM6 bilion. Sikap keras kepala tidak mahu mendengar nasihat pakar pendidikan seperti Prof Shahrir Mohd Zin, Prof Abdullah Hassan dan lain-lain lagi maka inilah akibatnya.

Sikap haru biru kerajaan BN mengenai bahasa dapat dilihat, walau pun terbukti gagal PPSMI, kerajaan perkenalkan pula Dual Language Program (DLP) ala PPSMI juga.Walau pun tokoh pendidikan tidak setuju, kerajaan laksanakan juga. PAS juga tidak bersetuju sehingga PAS bersama pejuang bahasa mengadakan demo bantah DLP di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 9 April 2016. Sikap yang tidak istiqamah dan hilang keyakinan kepada bahasa sendiri, maka inilah akibatnya. Setiap dasar pendidikan hendaklah tanya kepada ahlinya, bukan kepada mereka yang bukan ahli. Tanyalah pakar pendidikan, bukan tanya puak hendak berniaga dengan setiap dasar baru yang diperkenalkan.

PAS sentiasa teguh untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, dan pertingkatkan penguasaan bahasa lain.

Hj Idris Hj Ahmad
7 Julai 2017

{jathumbnail off}