KOTA BHARU, 3 Mei: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yakob menyeru rakyat Kelantan untuk menunaikan solat hajat dan berdoa dengan mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini memohon kepada Allah supaya pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan di negeri Kelantan. Beliau juga mengharapkan rakyat Kelantan terus mematuhi dan menjaga SOP yang telah ditetapkan.