Home Selangor

SERUAN MELAKSANAKAN SOLAT MUNAJAT DAN BERSABAR

367
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

25 Febuari 2020 bersamaan 1 Rejab 1441H.

SERUAN MELAKSANAKAN SOLAT MUNAJAT DAN BERSABAR

  1. Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor memantau dan mengikuti perkembangan terkini iklim politik negara pada waktu ini sebagai ujian yang memerlukan ketabahan dan kesabaran semua pihak.
  2. Ia juga menuntut kita semua bersabar dan bertenang di samping memohon munajat kepada Allah SWT agar memberikan petunjuk hidayah dan bimbingan kepada kita semua agar negara tercinta ini kekal aman, makmur dan sejahtera.
  3. Justeru, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor mengerahkan seluruh ahli PAS semua peringkat di Selangor untuk mengadakan solat hajat dan munajat istighasah (mohon pertolongan) kepada Allah SWT memohon pertolongan dan petunjukNya kepada kita semua.
  4. Urusan Ulamak Kawasan-kawasan disarankan agar mengambil inisiatif majlis solat hajat dan Istighasah ini pada tarikh dan di lokasi yang bersesuaian di kawasan masing-masing.
  5. Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita semua serta menurunkan rahmatNya kepada seluruh rakyat Malaysia khas di Selangor. Ustaz Rizuan Rahmat
    Ketua
    Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIADewan Ulamak PAS Negeri Selangor 25 Febuari 2020 bersamaan 1 Rejab 1441H. SERUAN MELAKSANAKAN SOLAT…

Posted by Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor on Monday, February 24, 2020