Home Naib Presiden 2

Moratorium Tanpa Syarat : Kerajaan prihatin rakyat

162
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

MORATORIUM TANPA SYARAT: KERAJAAN PRIHATIN RAKYAT

Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama pihak bank telah mengumumkan inisiatif yang ditunggu rakyat iaitu moratorium tanpa sebarang syarat dan tanpa dokumentasi yang diperlukan selama enam bulan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Selari dengan fasa Pelan Pemulihan Negara, inisiatif moratorium kepada semua peminjam individu dan bantuan bank sangat tepat untuk dilaksanakan kembali. Sudah pasti juga ia amat meringankan beban pengusaha Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk kelangsungan perniagaan mereka.

Sebelum ini, kerjasama di antara kerajaan dan institusi perbankan yang memberikan moratorium automatik kepada semua peminjam bank menjadikan Malaysia sebagai negara pertama melaksanakan inisiatif tersebut.

Selain itu, melalui pakej ini graduan yang mempunyai pinjaman pelajaran dengan PTPTN juga diberikan inisiatif moratorium bersasar selama tiga bulan. Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran ini sangat membantu graduan khususnya yang masih belum mempunyai pekerjaan atau pendapatan tetap.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan atas keprihatinan kepada rakyat dengan mengurangkan sedikit bebanan bagi menghadapi COVID-19.

Diharapkan kita menggunakan tawaran ini dengan sebaiknya. Jika tiada keperluan mendesak, elakkan daripada menambah bebanan kewangan yang lain.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Senator Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
Ahli Dewan Negara
29 Jun 2021 | 17 Zulkaedah 1442

#KerajaanPrihatin
#MenangBersama
#SejahteraBersamaIslam