Home Berita PAS Kedah

Semarakkan semangat PATRIOTIK peringkat Parlimen Kuala Kedah

166
SHARE

KUALA KEDAH – “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” sekali lagi dijulang sebagai slogan peringkat Parlimen Kuala Kedah sempena pelancaran kibar jalur gemilang 2022. Keprihatinan kerajaan negeri terbukti selepas beberapa inisiatif yang dijalankan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat, khususnya di Kuala Kedah.

Pelancaran kibar jalur gemilang ini dirasmikan oleh YB Dato Wan Romani Wan Salim  selaku EXCO kerajaan negeri Kedah.

Menyaksikan lebih kurang 500 peserta terlibat dari kalangan masyarakat setempat hadir memeriahkan majlis ini. Bertempat di Dewan Al-Amin, Telok Bagan.

Pelancaran itu dimeriahkan lagi dengan aktiviti Jelajah Kepenggunaan KPDNHEP, yang mana pelbagai aktiviti dijalankan daripada beberapa buah agensi kerajaan serta jualan barangan dapur turut diadakan. Termasuklah aktiviti penerangan kepenggunaan & derma darah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Dr Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi  selaku pengerusi Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundur  diiringi Tuan Rashidi Sheedy selaku pengerusi Pusat Khidmat Penyelaras  DUN Anak Bukit. Bersama pengarah KPDNHEP Kedah iaituan Tuan Affendi Rajni Kanth.