Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Jerai rai pelajar cemerlang STPM

108
SHARE

JERAI – Alhamdulillah, Seramai 21 pelajar cemerlang menerima sumbangan bantuan kecemerlangan yang disampaikan oleh YB Ustaz Sabri Azit, Ahli Parlimen Jerai merangkap Tim. YDP Kawasan Jerai.

Mereka semua diraikan sambil menikmati ‘steamboat’ di Kaki Gunung Jerai, semalam.

Tahniah dan syabas kepada saudari Nur Husnina Naaim Binti Khairul Anuar dari Kg Tohor Yan kerana mendapat pointer 4.0 dalam peperiksaan STPM.

Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang Cemerlang dalam STPM dan juga tahniah kepada ibu ayah serta seluruh ahli keluarga yang sudah pasti memberikan motivasi serta menjadi tulang belakang tergapainya kejayaan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan guru yang terus istiqomah ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu dan mendidik anak-anak kita.

“Semoga Allah Anugerahkan Kebaikan Kepada Kita Semua”

Turut hadir Pengetua SMK Yan Encik Ahmad Badri Bin Abu Bakar, Pen Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd Hapizd Bin Thahit, Pen Kanan Hem Puan Rloshidah Binti Mohamed Noordin; Pen Kanan Tingkatan 6 Puan Zaharah Binti Abu Asan.