Home Artikel PAS Melaka

Semarak Ramadhan PAS Kawasan Alor Gajah

352 views
SHARE

DURIAN TUNGGAL: Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah telah mengadakan program “Semarak Ramadan” pada 10 Jun 2017.

Antara matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk membantu dan meraikan tiga golongan asnaf zakat yang berada dalam Kawasan Alor Gajah iaitu golongan fakir (Al-Fuqara), miskin (Al-Masakin) dan golongan fisabilillah.

Antara tetamu yang hadir ialah ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail, Ustaz Halim Maidin, Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail.

Turut hadir YDP PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Shahbudin Senin, NYDP PAS Kawasan, Ustaz Mohd Riduan Jemaan, Ketua Pemuda PAS Kawasan, Sdr Emransyah Ismail dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan, Puan Hajah Haslinah Masud.

Program ini juga meraikan kehadiran guru-guru PASTI Kawasaan Alor Gajah, Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Munawwarah, Maahad Tahfiz Ibnu Hajar, fakir miskin dari DUN Durian Tunggal, DUN Rembia, DUN Gadek, DUN Asahan dan DUN Machap serta anak-anak ahli PAS Kawasan Alor Gajah yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Majlis ini merupakan program tahunan dengan kerjasama PAS Kawasan Alor Gajah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah dan juga semua Majlis Tindakan DUN (MTD) serta PAS cawangan-cawangan dalam Kawasan Alor Gajah.

Sumbangan melebihi RM15 ribu telah diterima adalah daripada ahli-ahli PAS, para dermawan individu, syarikat, kumpulan dan sebagainya telah disumbangkan kepada 3 golongan asnaf zakat untuk membantu meringankan kos sara hidup serta berkongsi kemeriahan sambutan Ramadan dan Syawal yang penuh kemuliaan dan kerahmatan ini.

Kelangsungan dan kesinambungan program ini diharap dapat diteruskan selepas daripada Ramadan yang sudah pastinya akan memberi impak positif kepada gerak kerja berjemaah dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Di samping itu, turut dirasmikan pelancaran ‘Tabung Sejahtera’ Peringkat Kawasan Alor Gajah oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka, Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail yang bertujuan untuk mengajak ahli-ahli PAS Kawasan Alor Gajah mengamalkan tabiat suka menabung dan menginfakkan RM1 sehari bagi menjana Tabung Dana Pilihan Raya Umum Ke-14 PAS Kawasan Alor Gajah.

{jathumbnail off}